Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat menyatakan dera bermaksud pukulan dengan rotan

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat menyatakan dera bermaksud pukulan dengan rotan , cemeti dan sebagainya dalam sebarang hukuman. Pada masa kini, kes penderaan semakin serius dalam kalangan masyarakat. Kes penderaan juga terdapat jenis, iaitu secara fizikal , secara mental dam secara seksual kepada kanak-kanak, haiwan, warga emas, -pembantu rumah dam sebagainya.
Kecederaan penderaan fizikal adalah kesan lebam. Bengkak, dan lebam adalah tanda utama yang dapat dilihat daripada kanak-kanak jika mereka didera. Corak yang tipikal dalam kes penderaan adalah tanda lebam yang dapat dilihat di beberapa bahagian tubuh kanak-kanak dengan berbeza-beza saiz dan bentuk serta tempoh lebam tersebut. Sebagai contoh , ada juga pendera menerangkan tanda lebam tersebut adalah tanda lebam jatuh dari tangga tetapi jatuh dari tangga tidak akan menunjuk lebam yang berbeza size dan bentuk ,malakala tanda lebam jatuh tangga adalah seragam size dan bentuk. Penderaan fizikal perlu diambil kira jika terdapat bengkak di kalangan bayi yang masih tidak boleh bergerak aktif. Kesan bengkak, benjol atau lebam di bahagian muka, telinga, paha, punggung dan di belakang badan selalunya berkaitan dengan penderaan fizikal. Bagi kanak-kanak yang sering mengalami bengkak selepas terhantuk, doktor biasanya akan membuat pemeriksaan bagi mengesan masalah pembekuan darah terutamakan kepala mereka walaupun mereka tidak mempunyai rekod penderaan fizikal. Kadang-kala tanda lebam adalah kesan daripada peralatan yang biasa digunakan seperti tali pinggang dan rotan dalam kes sebegini, kecederaan bukan disebabkan kemalangan (non-accidental injury) ialah penderaan .
Selain itu kecederaan penderaan fizikal ialah patah tulang. Patah tulang biasanya melibatkan penderaan yang lebih serius. Patah tulang boleh berlaku di semua bahagian badan, seperti tulang rusuk dan tempurung kepala ,mungkin hanya satu atau lebih daripada satu tulang yang patah dengan umur kecederaan yang berbeza-beza. Mungkin juga tidak terdapat mengesankan tanda luaran semasa patah dan cuma dapat dikesan melalui imbasan X-ray jika patah itu telah lama berlaku. Bagi kes penderaan kanak-kanak, kebanyakan patah tulang berlaku pada masa kanak-kanak yang berusia di bawah tiga tahun., Dalam kajian telah menunjukkan bahawa 85% kanak-kanak yang tidak mengalami penderaan akan mengalami patah tulang berlaku selepas umur 5 tahun. Bagi penderaan fizikal, patah tulang biasanya berlaku di bahagian tulang rusuk dan tulang selangka, dalam kalangan kanak-kanak berusia di bawah dua tahun, biasanya di tulang panjang. Keretakan di tempurung kepala di kalangan kanak-kanak boleh terjadi akibat terjatuh tapi jarang berlaku dan mereka biasanya tidak rasa sakit atau tidak sihat. Kesan keretakan di tempurung kepala biasa akan berlaku lepas berepa tahun seperti sering sakit kepala dan kematian. Keretakan tersebut perlu dikesan melalui imabaasan dengan teliti.
Seterusnya kecederaan penderaan fizikal juga ialah terbakar dan melecur. Kecederaan akibat terbakar dan melecur biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan kecuaian ibu bapa dan tidak memberi perhatian atau mengabaikan kepada kanak-kanak . Biasanya kesan lecur yang dilakukan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak adalah dirancang terlebih dahulu contohnya lecuran dalam bentuk seperti seterika dan rokok. Kanak-kanak yang telah didera dengan cara begini biasanya akan mengalami ketakutan dengan menghubung orang lain dan mempunyai masalah untuk menceritakan apa yang telah berlaku ke atas mereka. Kesan bakar perlu dirawat dengan segera bagi mengelakkan jangkitan dan parut jika tiada menerima rawatan juga akan mengakibat kematian. Kanak-kanak yang mengalami kecederaan sebegini perlu diberi perlindungan dan ahli keluarga juga mungkin perlu diberi pertolongan. Terdapat pelbagai jenis kecederaan akibat terbakar ataupun melecur seperti ‘contact burns’ , akibat puntung rokok, air panas dan denganpemetik api.’Contact burns’ bermaksud kecederaan yang sama bentuk dengan objek yang diguna.
Tambahan pula kecederaan penderaan fizikal ialah kecederaan abdomen. Sesetengah kanak-kanak mengalami tumbukan dari pendera di bahagian abdomen menyebabkan kecederaan organ dalaman yang penting seperti hati, pankreas dan usus. Kecederaan tersebut akan mengakibatkan kematian. Biasanya tiada menunjukan tanda luaran di bahagian abdomen, kesanya, kanak-kanak ini mungkin muntah dan bahagian abdomen akan kelihatan kembung serta kelihatan tidak sihat. Kanak-kanak ini perlu dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan dengan segara sebab rawatan awal boleh menyelamatkan nyawa mereka .
Selain itu, penderaan seksual kanak-kanak merupakan salah satu daripada penderaan kanak-kanak. Penderaan seksual merujuk kepada perlakuan individu yang memaksa, memperdaya atau mengugut kanak-kanak berlakunya hubungan seksual dengan mereka, semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual mereka atau mengambilkan gambar dengan aksi seks. Penderaan seksual kanak-kanak merujuk kepada penderaan seksual seorang kanak-kanak bawah umur oleh dewasa, seseorang yang berkuasa atau dapat mengawal kanak-kanak, serta menggunakan kanak-kanak sebagai stimulasi seksual bagi orang tersebut atau orang lain. Kajian berkenaan menunjukan kesan penderaan seksual kanak-kanak ditakrifkan sebagai termasuk mengajak atau meminta sebagai tambahan kepada tindakan sebenar, berkait dengan sebarang interaksi seksual antara orang dewasa dan kanak-kanak, termasuk dari bercium atau memeluk sehingga kepada hubungan intim, dan semua aktiviti yang berkait seksual. Menurut undang-undang (US), “penderaan seksual kanak-kanak” adalah istilah menyeluruh (umbrella term) menggambarkan kesalahan jenayah dan sivil di mana seseorang dewasa terbabit dalam aktiviti seksual dengan kanak-kanak bawah umur atau mempergunakan kanak-kanak untuk memuaskan nafsu seksual mereka.
Penderaan seksual kanak-kanak juga akan menyebabkan kecederaan fizikal ,psychologikal dan emosi kepada kanak-kanak dalam jangka panjang, termasuk kemurungan klinikal, kecacatan tekanan post trauma (post-traumatic stress disorder), kerisauan,kecenderungan bagi menjadi pemangsa apabila dewasa, dan simptom lain. Apabila orang dewasa mencari atau terbabit dalam aktiviti seksual dengan kanak-kanak, tindakan ini sebagai manifestasi pedophilia, bagaimanapun sesetengah kajian yang mengkaji psychologi pesalah seks hubungan (contact sex offenders ) menunjukkan bahawa kebanyakan pesalah seks hubungan bukanlah sepenuhnya atau cenderung kepada kanak-kanak. Aktivis pro-pedophile menggunakan farsa “seks dewasa-kanak-kanak” dan mengaitan dengan pertahanan akademik bagi mentakrif “penderaan seksual kanak-kanak” melalui terminologi bebas-nilai (value-neutral) bagi menormalkan dan menganjur idea bahawa kanak-kanak mampu merelakan seks dengan orang dewasa atau memahami bagaimana menolak prmintaan seks tersebuat. Penderaan seksual kanak-kanak adalah merangkumi memasukkan objek atau bahagian tubuh ke dalam faraj, mulut atau dubur, menyentuh bahagian sulit, menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak, mengambil gambar kanak-kanak dalam aksi seksual atau tanpa pakaian, menggalakkan kanak-kanak menonton atau mendengar aksi seksual, membuat panggilan telefon lucah, merogol, melakukan seks oral, meliwat, melacurkan, mengintai, mencium, mengusap dan mempamerkan aksi lucah.
Penderaan kanak-kanak secara mental tidak mendapat perhatian walaupun penderaan jenis ini didapati kerap berlaku di kalangan kanak-kanak sama ada secara berasingan atau bersama-sama dengan jenis penderaan lain. Penderaan emosi kerap terjadi dengan tidak ketara tetapi kesannya terhadap perkembangan fizikal dan mental di kalangan kanak-kanak sangat jelas sehingga memerlukan rawatan perubatan. Penderaan emosi tidak dikenal pasti dengan baik kerana tiada definisi menyeluruh yang boleh diterima pakai di peringkat antarabangsa dan emosi diri sendiri orang lain tidak memahami hanya diri mengetahui perasaan atau emosi diri. Ini menyebabkan kesukaran bagi seseorang untuk bersetuju tentang maksud penderaan emosi. Pada masa kini, lima kategori sikap tingkah laku buruk ibu bapa yang mampu dikelaskan sebagai salah satu jenis penderaan mental adalah penolakan, pengasingan, menakutkan, sikap tidak peduli dan sikap merasuah fikiran. Jika tingkah laku tersebut berlaku secara berterusan kepada kanak-kanak sehingga menyebabkan kecacatan psikologi dan emosi mereka, keadaan ini dianggap sebagai penderaan emosi. Dengan ini bergantung pada tahap perkembangan kanak-kanak dan hanya digunakan dalam konteks antara perorangan. Sikap dan perlakuan buruk ibu bapa berlaku dalam keluarga , terutamanya dalam suasana kekeluargaan kehidupan juga adalah salah satu jenis penderaan emosi. Dalam keadaan ini penderaan emosi adalah akibat masalah yang serius dan konflik orang dewasa kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami penderaan emosi telah menunjukkan pelbagai masalah sosial, emosi dan pembelajaran yang serius, lebih daripada kesan umum dalam persekitaran mereka.
Dengan ini , terdapat beberapa berita yang berkaitan dengan kes penderaan tersebut.
Pada 15 Disember 2014 mstar online telah menerbitkan berita kes penderaan haiwan yang bertajuk “Hampir 100 Haiwan Diselamatkan Dari Banglo Busuk, Tak Terurus”. Berita tersebut menyatakan di kawasan Subang hampir 100 haiwan diselamatkan dari sebuah banglo di situ. Di banglo tersebut , dapat melihat haiwan-haiwan ditempatkan di dalam sangkar sempit, di kawasan busuk dan tidak terurus yang dipenuhi dengan bahagian-bahagian kereta. Pada 14 Disember 2014, polis dan ahli-ahli Penyelamat Haiwan Bebas Malaysia menyerbu ke dalam kawasan itu yang dipercayai dijadikan tempat pembiakan haiwan haram, serta mengambarkan kes ini sebagai ‘kes penderaan haiwan paling besar dan paling teruk’ di negara ini. Kes ini digambarkan sebagai ‘kes penderaan haiwan paling besar dan paling teruk’ sebab terdapat 80 ekor anjing ditemui di premis itu, ada yang dikurung dalam dalam sangkar dan ada juga yang ditahan bersama-sama dengan kucing, angsa, burung dan ayam serta ungka. Dalam kalangan haiwan tersebut, ada haiwan yang luka manakala yang lain tidak boleh berjalan. Ada haiwan yang buta. Terdapat juga banyak haiwan yang kekurangan nutrisi, tidak mempunyai makanan atau air bersih. Malakala haiwan-haiwan tersebut amat memerlukan rawatan segera. Selain itu, pihak Penyelamat Haiwan Bebas Malaysia juga menyatakan dalam kalangan haiwan tersebut mempunyai haiwan yang dilindungi iaitu monyet gan beberapa jenis burung.

Seterusnya, kes penderaan kanak-kanak pula, pada zaman ini kes tersebut kerap berlaku di kalangan masyarakat. Penderaan kanak-kanak merupakan satu masalah pembuatan dan sosial yang berlaku di seluruh dunia.Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak. Biasanya kanak-kanak ditakrifkan kepada masyarakat yang berusia kurang daripada 18 tahun. Penderaan kanak-kanak ini boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, antaranya ialah secara fizikal , secara mental dam secara seksual. Oleh itu , terdapat beberapa berita kes kanak-kanak yang diterbitkan oleh Astro Awani dan The Dream
Pada 6 Mac 2018 astro awani telah menerbitkan berita kes penderaan fizikal kanak-kanak yang bertajuk “Rotan anak hingga luka dan lebam, suami Ziana Zain didakwa”. Berita tersebut menyatakan suami penyanyi popular, Ziana Zain bernama Armin Zaharin mendera anak dengan sengaja menggunakan rotan sehingga luka dan lebam dekat rumahnya di Denai Alam, Shah Alam , pada 25 Februri 2018. Armin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan dengan kes penderan tersebut dan ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana Zain membuat laporan polis pada 27 Februari lalu.
Selain itu , pada 8 Mac 2018 astro awani telah menerbitkan berita kes penderaan fizikal kanak-kanak juga yang bertujuk “Cubit anak tiri, wanita hamil dihadapkan ke mahkamah”. Berita tersenut menyatakan seorang wanita hamil bernama Nor Zarina Mohd Amran, berumur 28tahan, didakwa menganiaya fizikal anak tiri lelakinya yang ketika itu berusia 7 tahun dengan mencubit paha kiri sehingga lebam di sebuah rumah di Taman Kelubi Damai, Jasin sekitar, pada 17 Nov 2017 lalu.
Pada 2 Februari 2018 astro awani telah menerbitkan berita kes penderaan fizikal kanak-kanak juga yang bertujuk “Dera kanak-kanak sampai mati: Bapa dan ibu tiri durjana direman”. Berita tersebut menyatakan kanak-kanak malang, Nur Aina Nabihah, disahkan meninggal dunia sekitar pada 25 Januari 2018 dipercayai akibat didera oleh bapa kandung dan ibu tiri. Penahanan terhadap suspek yang juga bertugas sebagai anggota tentera dan isterinya yang merupakan suri rumah itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Kes tersebut berlaku di Taman Vista Jaya, Lukut, Port Dickson, pada 25 januari 2018. Kes ini akan dihadap di Mahkamah Majistret Port Dickson.
Pada 10 April 2018 The Dream telah menerbitkan berita kes penderaan seksual kanak-kanak juga yang bertujuk “Guru didakwa peluk dan cium murid dalam tandas sekolah”. Berita tersebuat menyatakan seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah didakwa di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak di Putrajaya hari ini atas pertuduhan melakukan seksual fizikal terhadap murid lelaki berumur sembilan tahun. Hal ini kerana, guru tersebut melakukan seksual fizikal dengan cara memeluk tubuh badan dan mencium murid itu di dalam tandas, di sebuah sekolah di Petaling Jaya, antara bulan Ogos 2016 hingga 17 Julai 2017.
Pada 10 April 2018 The Dream juga telah menerbitkan berita kes penderaan seksual kanak-kanak juga yang bertujuk “ibu angkat mendera budak”. Berita tersebut menyatakan seorang ibu angkat mendera budak yang berumur 6 tahan “macam binatang, diberi makan najis dan dicurah sambal cili pada kemaluan. Ibunya mengetahui kes tersebut selepas dimaklum oleh anak bongsunya pada jumaat lalu yang beberapa bulan turut tinggal bersama saudara perempuannya. Anaknya yang merupakan mangsa dera berusia 6 tahun juga didakwa kemaluan dicurah sambal cili, diberi makan najis, dipaksa tidur di bahagian stor rumah, dipukul setiap hari menggunakan rotan, disimbah air panas selain badan diseterika akibat kesalahan kecil.
Penderaan warga emas pula, juga menjadikan masalah yang amat serius di kalangan masyarakat kini. Penderaan warga emas bermaksud dera , tidak peduli ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan warga emas. Dengan ini , terdapat beberapa berita yang telah diterbitkan. Pada 9 Julai 2017, Metro telah menerbitkan artikel yang berkaitan penderaan warga emas bertajuk “Kian ramai warga tua didera”. Artikel tersebut menyatakan Seorang daripada enam warga tua dikatakan mengalami penderaan dalam pelbagai bentuk, dan nisbah ini adalah lebih tinggi berbanding anggaran terdahulu, malah dijangka meningkat dalam populasi tua di seluruh dunia. Penderaan warga tua didefinisikan sebagai tindakan atau kurang tindakan wajar yang menyebabkan bahaya atau kesengsaraan kepada indvidu berusia lanjut yang terjadi dalam sebarang perhubungan yang berdasarkan kepercayaan. Semua jenis penderaan warga tua boleh mendatangkan impak terhadap kesihatan dan kesejahteraan mereka. Bagi penderaan psikologi ialah paling meluas dan senang berlaku termasuk tingkah laku yang mejatuhkan harga diri warga tua itu seperti panggilan nama kurang elok, perlakuan menakut-nakutkan, tindakan memalukan, memusnahkan ,merampas harta benda atau menghalang mereka bertemu rakan atau ahli keluarga. Penderaan secara kewangan pula meliputi penyalahgunaan wang, harta atau aset seseorang warga tua secara haram. Mengabaikan atau gagal memenuhi keperluan asas mereka seperti makanan, tempat tinggal, pakaian dan penjagaan perubatan juga adalah salah satu jenis penderaan terhadap warga emas. Kesan penderaan terhadap kesihatan termasuk kecederaan trauma dan kesakitan, malah mangsa turut berdepan kemurungan, tekanan dan kebimbangan. Penderaan warga tua juga boleh membawa ke peningkatan risiko menempatkan mereka di rumah kebajikan, penggunaan perkhidmatan kecemasan, hospital dan kematian.
Pada 16 februari 2018 astro awani telah menerbitkan berita kes penderaan warga emas secara pengabaian yang bertajuk “‘Kalau tak rasa nak tengok mak, dia tak mailah’ – Penghuni rumah warga tua”. Berita tersebuat menyatakan seorang penghuni rumah warga tua yang berumur 85 tahan diabaikan oleh anaknya walaubagaimana pun masa perayaan juga sama. Penghuni tersebut mempunyai dua anak , masing-masing telah berkahwin dan menetap di ibu kota.Sebelum dihantar ke rumah warga tau , penghuni tersebut menumpang di rumah adiknya di Gunung Keriang, Alor Setar sehingga tahun lepas adiknya manghantar dia ke rumah warga tua tersebut. Penghuni tersebut cuma berharap sisa hidup yang masih berbaki itu dapat dikongsikan bersama anak-anak dan cucunya.
Penderaan pembantu rumah juga sering berlaku di kalangan masyarakat. . Penderaan pembantu rumah bermaksud dera , berian gaji yang rendah, ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan pembantu rumah. Pada 22 Disember 2016, Metro telah menerbitkan artikel yang berkaitan penderaan pembantu rumah bertajuk “Pendera pembantu rumah ditahan”. Artikel ini menyatakan polis menahan wanita dipercayai majikan yang mendera pembantu rumah warga Indonesia yang ditemui terbaring dalam keadaan cedera di Damansara, Petaling Jaya pada 21 Disember 2016 . Mangsa iaitu seorang remaja wanita berusia 19 tahun, ditemui seorang pengawal keselamatan di Jalan PJU 7/30, yang kemudian memaklumkan kepada seorang penduduk di kawasan berhampiran dan menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)denagan akibat kecederaan di kedua-dua mata, belakang dan dalaman selepas mendakwa dipukul majikannya menggunakan alatan tajam serta tumpul.
Pada 11 Februari 2018, berita harian telah menerbitkan berita yang berkaitan dengan penderaan pembantu rumah bertajuk “Amah didera meninggal dunia”. Berita tersebut menyatakan pembantu rumah warga Indonesia yang didera majikannya hingga meninggal dunia. Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam.Ketika ditemui, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan muka serta cedera di kedua-dua kaki. Pihak polis sudah menahan dua beradik yang juga suspek berusia 36 dan 39 tahun untuk siasatan dan menunggu laporan bedah siasat mangsa bagi tindakan selanjutnya.
Kesimpulannya, semua benda dalam dunia ini menpunyai hak mereka masing-masing. Kita sebagai makluk di dunia ini haruslah melindungi, menghormati dan menghargai semua benda agar dunia kita secara aman damai. Walaupun haiwan juga ada hak mereka, kita harus melindungi hak mereka bukan merampas hak mereka , ia juga bukan benda untuk kita melepaskan tekanan. Ia ialah kawan baik kita. Bagai warga emas pula, kita juga kena menghargai mereka, sebab kita boleh dapat kehidupan macam ini kerana pengorbanan mereka. Dalam kalangan orang cina menpunyai satu ayat yang berkaitan dengan menghargai warga emas iaitu kalau rumah ada warga tua separti rumah ada harta karun. Ayat ini bermaksud warga tua ialah harta karun kita , warga tua harus dihargai. Kanak-kanak ialah model insan kita , juga menpunyai keluarga yang menyayangi mereka. Selain itu , pembantu rumah pun sama juga mereka bekerja untuk dapat kewangan untuk sara keluarganya saja , kita harus mengahormati mereka. Akhirnya , saya berharap semua masyarakat berfikir dulu sebelum menbuat tindakan supaya berhidup dengan harmoni dan sejahteraan.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now